Tuesday, 31 December 2013

Pembetulan kepada mukaddimah yang penuh beremosi..

Maaf...
Aku tak tahu kenapa entry aku sebelum ni terlalu beremosi...
Yup... Aku masih tak stabil dan masih kurang kepercayaan terhadap dia..
Sebab tu aku cepat beremosi...
Makin hari makin aku rasa sayang pada dia...
Makin aku tak kisah dengan apa yang dia suruh aku lakukan..
Dengan kata lain..
Dengan dia aku jadi lemah...
Aku yang degil,
Dengan dia aku xboleh nak degil..
Entahlah,..
Aku tak tahu kenapa...
Bukan kata aku tak sayang kawan2 aku..
Aku sayang tapi....
Sekarang aku mmg suka lebihkan dia dari kawan2..
Sebab sejak aku duduk JB ni,
Aku dah terbiasa dengan cara dia..
Bukan aku tak sedih hilang kawan..
Bukan aku tak sunyi tanpa kawan...
Sepanjang hidup aku di kelilingi kawan..
Tak kira kawan tu baik atau pun tak...
Tapi dengan dia....
Aku rasa berbeza...
Bila aku ingat balik...
Sebenarnya...
Bukan dia tak bagi aku berkawan...
Cuma dia nak aku lebih memilih kawan yang betul2 kawan..
Aku yang terlalu takutkan dia sampai semua kawan aku tak contact..
Yup... ini memang salah aku...
Kerana hal ini,
Dia selalu dipersalahkan...
Sebab tu kawan aku pernah pesan..
Masalah kita jangan cerita kat org sebab org akan nampak yang buruk je..
Sebab kita tak pernah cerita kebahagiaan kita pada orang...
Now aku faham apa maksud dia...
Bila aku nak mulakan semula persahabatan tu..
Aku jadi tak reti...
Sebab dengan apa yang aku cerita...
Mereka dah salah anggap tentang dia...
Dia seorang yang baik..
Dia seorang yang bertanggung jawab..
Dia ikhlas..
Cuma aku selalu tersilap tafsir dengan perbuatan dia...
Aku yang bersalah....
Aku harus perbetulkan apa yang sepatutnya aku betulkan...

2013 dah pun berlalu dengan..
Entah lah..
Penuh kegembiraan??
Tidak jugak...
Kekecewaan??
Tak jugak...
Pengalaman dan pengajaran...
Yup...
2014 baru bermula...
Aku tak pernah tahu azam dan cita2 yang sebenar2nya yang aku mahukan...
Tahun ni??
Mungkin aku lebih senang mengatakan...
Ini adalah tahun pengharapan bagi diri aku...
Berharap agar apa yang aku inginkan,
Dapat aku usahakan dengan bersungguh2..
Tak perlu aku nyatakan apa pengharapan aku untuk tahun 2014 ni...
Cukup sekadar mengatakan yang aku sudah punya senarai yang perlu aku lakukan..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Selamat Tahun Baru Masihi...
Semoga apa yang kita harapkan dapat kita usahakan dan dapat kita gapai..
Walaupun kita berada didalam sangkar gangsa..
Tidak bermakna kita harus bataskan
Segala ilmu dan pengetahuan kita setakat di dalam sangkar itu..
Kita masih dapat lihat dunia luar..
Bukan macam tempurung...
Dunia luar pun kita tak dapat lihat...
Bukan juga macam gelas...
Nampak dunia luar tapi lansung tak dapat menyapanya..
Sangkar gangsa ini masih lagi dapat menyapa dunia luar..
Cuma tidak dapat nikmati apa yang ada di dunia luar itu...
Bermakna..
Masih ada yang peduli tentang kita..
Bukan dikurung semata dikurung..
Kita dikurung untuk di jaga dan dipantau...
Agar tidak menjadi liar dan tidak pula terlalu jinak...
Baca dan fahami semula apa yang aku maksudkan tentang
SANGKAR GANGSA aku ini...

ILYSM IAD & ILYSM EEMTY

Sunday, 29 December 2013

Mukaddimah: Mengapa wujudnya blog ini.

Kenapa Qhalisy Adam?
Kenapa Qhalish Mikhail?
Kenapa Bagai Burung Dalam Sangkar Gangsa?
Semuanya terjawab di url blog ni...
AkuTetapAkuYangDulu...
Semuanya...
Semuanya hanya samaran....
Kerana ingin memuaskan hati seorang insan..
Aku tak tahu kenapa dia...
Kenapa dia yang aku pilih..
Kerana apa aku pilih dia..
Kerana cintanyakah??
Jika betul cintanya untuk aku,,
Kenapa perlu dia halang aku untuk menjadi diri sendiri??
Kawan...
Kenapa perlu dia menghalang aku dari berkawan??
Apa motif dia sebenarnya??
Aku terlalu banyak berubah kerana dia...
Sehingga aku harus berpura-pura..
Kenapa aku dihalang berkawan sedangkan dia sana sini hanya kawan??
Mungkin sebelum ni aku tak perasan..
Tapi sekarang...
Aku nampak semuanya..
Seingat aku..
Dia pernah kata yang dia bukan jenis bersosial di internet..
Buktinya, dia ada facebook...
Kebanyakkan kawan dia adalah perempuan..
Owh bodohnya aku...
Terpedaya oleh dia...
Suatu hari nanti,
Aku pasti,
Dia akan jumpa juga blog ini...
Bukan niat aku nak bergaduh lagi...
Tapi aku hanya mahukan sesuatu yang telah hilang dari aku...
Sesuatu yang sangat berharga dalam hidup aku...
Kawan dan kebebasan berkawan...
Ye, tak dinafikan aku memang sayangkan dia...
Tapi aku tak dapat nak bohong diri aku lagi...
Bukan bererti aku berkawan dan aku membelakangkan keluarga,,
Keluarga tetap number 1...
Dia sebenarnya yang tak mengerti...
Dia kata dia memahami...
Tidak... tidak untuk semua perkara..
Dia kata dia sentiasa ada untuk aku...
Tidak... tidak untuk setiap masa...
Apa yang aku boleh katakan...
Dia ni ego... terlalu ego..
Kerana masa silamnya...
Dia juga ada blog...
Di awal blognya, dia menukilkan,
Apa istimewanya aku..
Tetapi, Apa istimewanya dia??
Itu persoalan sebenar..
Ye.. dalam blog ini aku akan luahkan segalanya.....
Kerana blog aku yang lagi satu tu...
Dia akan sentiasa pantau...
Dan setiap entry yang mencurigakan dia,,
Dia akan bertanya kenapa...
Itukah cara dia memahami aku?
Kerana itu aku katakan...
Bagai Burung Dalam Sangkar  Gangsa..
Kenapa Gangsa??
Bukan Emas??
Biarlah hanya aku yang tahu kenapa...
Qhalisy Adam dan Qhalish Mikhail..
Nama yang aku suka...
Nama anak-anak angkat aku....
Bila aku dapat luahkan segalanya dalam blog ini...
Aku rasa lega...
Kerana...
Tak siapa dah sudi mendengar masalah aku berkaitan dengan dia...
Dia hanya tahu pengorbanan dia..
Tapi dia tak tahu apa yang aku korbankan, apa yang aku lakukan, apa yang aku pertahankan demi dia...
Sebab itu aku katakan dia ni ego tinggi melangit dan degil..
Lebih degil dari aku....